About Me

My photo
:: 15 years old. PMR candidates 9A's, insyaallah.. currently study at SMTSH, Klang. "life is like riding a bicycle. to keep your balance, you must keep moving.." do work and lets pray, Allah will definitely help ::

Friday, 1 June 2012

qwertyuiop !

assalamualaikum .

hye . hari ni aku duduk rumah je . cuti panjang yang membosankan . -.- 
ibu abah aku takde kat rumah . diaorg pergi hantar kakak aku masuk universiti . bosan . aku kat rumah dengan adik aku je . takde buat apa . cuma tengok tv ngn makan . huhu . 

ok lupakan pasal tu . aku ada benda nak cerita . aku pelik la dengan budak budak facebook . tak habis habis cakap pasal  HOT . batak betol . err.. macam boleh kenyang je ngn hot dia tu . kawan aku pun sama . kalau jumpa aku mesti dok cakap pasal facebook . naik muak aku dengar . pastu lawan lawan sapa yang paling banyak orang like status . paling ar . menyampah aku tengok diaorang tu . aku bukan apa . aku tak jeles pun dengan diaorang . nak hot ke apa ke tu diaorang punya pasal lah . tapi kalau ye pun tak payah la nak batak sangat . jumpa aku je mesti cakap pasal status facebook . sampai aku punya telinga ni da naik pekak dengar . patut patut la kalau ye pun . ape lah . 

kepada kawan aku , ko jangan  nakhot sangat lah . aku tak batak pun . :p hewhew . terima kasih .


waalaikumsalam .



Sunday, 22 April 2012

pemalas !

assalamualaikum..

rindu kat blog kesayangan aku .. huhu . da lame tak update blog. aku sekarang ni tengah sibuk nak siapkan projek sekolah . hemhem . (kajian sejarah tempatan) fuhh.. lengoh mata aku dok cari info info pasal kajian yang nak aku kene buat . sakit mata aku tengok skrin lappy ni lama lama . nasib tak buta . err`~ 

sapa boleh tolong aku buat kst nii ? aku perlukan pertolongan.. nak copy and paste kawan punye agak agak boleh tak ar? emm  . nasib badan la kan , kene hadap bende ni sorang sorang .. kesiann . sapa suruh aku buat lambat lambat . padan dengan muka aku .. :( 

aku harap aku boleh siap kan kst ni secepat mungkin . bulan depan dah nak kene hantar , . adoii . kay la . aku nak sambung buat kst . bubyee ... peace (Y)

assalamualaikum . 

mood : malas gilaaa nak siapkan kajian sejarah tempatan .. :p




Saturday, 24 March 2012

rindu dan sedih .

assalamualaikum.

aku rindu dengan kawan aku . rindu sangat sangat ! kalau lah dia masih ada , mesti tak sunyi macam sekarang . aku rindu  "RAJA NURUL HANINAH" .  aku dah kehilangan seorang rakan . rakan baik . sedih, tapi aku tahu , aku tak patut bersedih dengan kehilangan dia  . aku kena redha ." 

meskipun dah berbulan bulan , dah bertahun tahun arwah pergi , tapi aku rasa macam dia masih ada . terus terang, aku  rindu gelak tawa dia . rindu dengan usikan dia . rindu sangat masa tingkatan 1 . rindu sangat sangat ! rasa macam nak ulang balik masa tu .  Dulu, aku, hajar, amirah, marissa, kamalia, dan budak budak kktb selalu juga lah usik usik dia . best sangat kawan dengan dia . tapi sayang , aku dengan dia tak sampai dua tahun pun berkawan , dia dah pergi tinggalkan aku .walaupun masanya singkat ,  tapi dia dah bagi seribu satu makna buat hidup aku . banyak sangat kenangan yang tak boleh aku lupakan . . susah rasanya nak percaya dia dah tak ada . . 


05.06.2011, ahad , kira kira jam 11.30am . arwah telah menghembuskan nafasnya yang terakhir . kali terakhir aku berjumpa dengan dia dan bercakap dengan dia, masa tu sebelum cuti sekolah .  kat dewan sekolah . aku masih ingat lagi time tu . :( aku dapat tahu berita kematian dia dari kawan aku . mula mula aku tak percaya . tapi lepas aku pikir pikir balik and tanye kawan kawan aku yang lain , baru lah aku percaya . " alhamdulillah, akhirnya aku dapat terima kenyataan itu .  "terima kasih kawan , sebab ko sudi jadi kawan aku " :'(



p/s: bersabarlah dengan semua ujian yang datang .setiap yang hidup, pasti akan merasai mati .  




makan adalah hobi aku .

assalamualaikum ...

hye, boring la . takda buat apapa . nak pergi jalan jalan ,  malas la pulak nak gosok baju . . hahha " . kat rumah asyek tengok tv je  layan nada cinta . eww` boring tahap dewa da ni . adoii -.-' . 

lama gila tak pekena nasi goreng daging black paper ! rindu sangat sangat . ohhmeng.. selalu lau nak cari nasi goreng daging black paper susah nak cari nasi goreng yang sedap macam kat restoran kat sri iskandar , perak tu .. nta apa tah nama restoran tu .. " hahha . sedap sangat sangat . selain nasi goreng daging black paper kegemaran aku tu , macam macam ado .. tomyam seafood, tomyam coktok . eh , coktok ke ape ar? aku da lupe da namenye ape . kahkah . *taklawakpun*

aku kalau  bab bab makan ni memang suka .. suka gila ahh.  makan banyak banyak pun body cm tetap maintain je .. alhamdulillah .. jangan tergemuk sudah . :)  kalau kat johor , aku suka makan kat restoran my friend .. memang terbaik lah ! dari segi layanan sampai ke makanan semua tu, kata orang perfect lah  . kalau tak percaya, korang pergi ar makan kat sana . johor bahru . dekat larkin kott . nta la . aku lupe . dah lame tak makan kat sana . kalau nak makan kat situ pun time balik kampung je ..
 kalau kat selangor ni aku tak berapa tahu mana makanan yang sedap . agk agak nye semua makanan kat selangor semua sedap sedap kot . hee .. 

cerita pasal makanan ni buat aku terasa nak makan pulak . laparr .. cacing dalam perut dah bising da ni . krok krok . adoii .. okay la nak chow . bubye .. 

asssalamualaikum. " :) 


Friday, 23 March 2012

lalalalala..

assalamualaikum..

hye, harini kita cerita pasal result SPM .em..aku terasa bangga sebab kakak aku, dapat keputusan yang cemerlang . haha. tahniah kakak ! masa aku tengok keputusan spm dia, rasa macam nak menangis . tak tahu kenapa. padahal kakak aku yang punya keputusan . bukan nye aku punya .tapi aku pulak yang lebih lebih .macam ape je.


"pandai lah ko ni kak !" tu la ayat pertama yang keluar dari mulut aku . aku cemburu gila tengok dia dapat keputusan macam tu . hah. tu baru kakak aku . belum lagi kawan kawan aku .balik balik sekolah je terus mesej kawan aku . afif,joyah, dan ramai la lagi . kawan aku yang paling banyak dapat A, joyah . pandai ohh dia tu . dapat 7A lagi tu .. tapi aku tak tahu lah sama ada betul ke tak dia cakap kat aku tu .. 

lepas ni kakak aku masuk universiti . alaa... mesti boring gila  .tak de kawan nak borak borak lagi .huu.. dah tak gaduh gaduh, dah tak gelak sama sama pasal bubu . sedih rasanya . :( kalau boleh, nak je aku ikut dia . tapi tak boleh . kenapa lah cepat sangat masa berlalu ? lepas abang aku , kakak aku pulak yang keluar dari rumah . sebulan sekali pulak tu diaorang balik kampung .bosan.. lepas ni aku pulak yang kene jaga adik adik aku yang nakal nakal tu.. nampak nye aku  pulak lah ambik tugas kakak aku jemur kain lepas ni .. adoii..=.=" malas nye la rasanya.

best gila ar kakak aku . dia dapat baju baru, handphone baru ,laptop baru, kasut baru, ala semua la baru. menyampah aku tengok .aku pun nak jugak ! mana aci ohh .haha (aci kat india lah.) :p kahkah . tak lawak pun .. okay lah .aku nak tidur . bye`~ assalamualaikum .  chow. :))





  




stoly moly

assalamualaikum semua :0

tadi aku lepak lepak dekat bilik kakak aku. saje bebual mual dengan dia. sempat jugaklah aku capai diary lama dia. alooo, suwitnya ayat dia dala tu. kay, aku tipu. nak terkeluar cecair asid dari mulut aku masa baca diary dia. *nasib baik dia tak perasan. pheww :'> sungguh romantis dan begitu dramatis sekali ayat dia. berbunga bunga kak nyahh oii. haha.. satu satu muka surat aku selak. tiba tiba terbaca satu cerita dalam tu. aww, best ahh.

ceritanya berbunyi begini :


  pada satu hari di sekolah, seorang murid bertanya pada gurunya. ketika itu guru tersebut sedang mengajar mengenai kasih sayang.

PELAJAR : "cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang? macam mana pula kasih sayang itu nak berkekalan?"

CIKGU : "okay, kamu ikut apa yang saya suruh. kamu pergi ke padang berjalan di atas rumput sambil memandang rumput di depan kamu. pilih yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali dan petik rumput yang paling cantik dan bawa ke sini.

  apabila pelajar tersebut pulang ke kelas, tiada sehelai rumput pun yang dibawa. cikgu tanya, kenapa tiada rumput yang dipilih?

PELAJAR : "tadi masa saya mencari rumput yang paling cantik, memang ada banyak yang cantik. tapi dah cikgu kata petik yang paling cantik, maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. tapi, sampai di penghujung padang, saya tak jumpa pun yang paling cantik. mungkin ada diantara yang di belakang saya tadi rumput yang paling cantik. tapi, dah cikgu cakap tak boleh toleh ke belakang semula.. jadi, tiadalah rumput yang dipilih.

CIKGU : "ya! itulah jawapannya, maknanya bila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita cari yang lebih baik dari itu. kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik baiknya. jangan kita menoleh ke belakang lagi. kerana, yang berlaku tetap dah berlaku.. semoga yang berlalu takkan berulang lagi. dan ingatlah orang yang paling kita sayang itulah yang paling cantik dan paling baik buat kita. mahupun nak di ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi.

THE END !

moral of the story : bersyukurlah ke atas apa yang telah ALLAH kurniakan buat kita :)

Friday, 2 March 2012

myspace lapuk ? twitter bosan ?? :D

assalamualaikum >.<
dah lame tak update blog . :)) em aku nak cite sikit . tadi aku baru je online myspace aku . haha . lawak lah . kat myspace takde sorang pun yang online . bosanbosan "
seingat aku , kali terakhir aku on myspace time 2010 kott , masa tu aku baru form1  . lame kan ? hisy! lopek betol . kesian aku tengok myspace tu . haha . tadi aku update status kat myspace . macam macam aku post . benda pelik pelik . haiiya .>.< mentang mentang myspace takde orang on  , nak buat pelik pelik pulok . hee`~

aku teringat pulak time dulu dulu . masa myspace tengah megah . semua orang nak buat akaun myspace . makcik , atok , nenek . senang cerita semua orang nak buat . hahah . lawak lahh ! tapi sekarang lepas dah kenal muka buku , semua tinggalkan myspase . ala.. mane tak nye an . myspace serabot . boring plus lapuk pula tu .  dengan gambar gambar lame yang entah apa apa . huh . malu plus segan plus meluat plus bosan .

hum , hah ! haritu haritu aku buat akaun twitter . adoii . aku tak tau macam mana nak guna benda alah tu . tak paham . aku tengok twitter macam bosan je . okay okay aku mengaku , aku ni cetek it sikit . aku tak tahu macam mana nak guna benda tu . herher . lantak laa . ~

Thursday, 2 February 2012

pmr pmr ..

assalamualaikum..>.<
haii..da lame tak post entri kt blog ni. aku busy la sekarang. :'(   keje asyek belaja je setiap hari ..' bace buku , buat homework . belambak pulak tu cikgu bagi  . hah! tu baru sikit . belum lagi benda benda yang nak kena hapal .  serabot kepala otak aku nii.. ahhh! nak rehat rehat tengok tv pun sampai tak sempat .. ai maklumlah.. pelaja form3 la kate kan. nak pmr tinggal berapa bulan je lagi . cuak ohh. da la tak bersedia lagi . adoyaii... err~ korang korang yang da lepas pmr dulu mesti penah rasa benda yang same kann?? haha . korang doakan aku ea , doakan aku dapat 9A tau ! aku kalau boleh nak pindah MRSM . ala.. tu pun kalau ada rezeki laa .. kalau tak pun aku stay je kt sekolah agame tu.. haha ade ke ibu ngan abah aku  nak suruh aku masuk KISAS . ahaha ~ lawak lah . hum. susah kot sekolah situ . da lah semua budak  budak kat situ semua nye pandai pandai . =.=" lol .
aku sekarang ni dah tak  banyak main da macam dulu  . dulu keje aku asyek hadap muka buku ja setiap hari . tapi sekarang tak lagi . hee~ tak de masa lah . ni pun aku  curi curi mase nak update blog . takpa takpa, demi pmr and  9A , aku sanggup lakukan ! agi idup agi ngelaban ...! ahaha . bahasa ape pulak lah aku gune ni . bantai lahh ..  =.="
okay la guys . aku nak pi study . bai baii. :)  (poyo je nak study . haha ) assalamualaikum .

Tuesday, 24 January 2012

budak baru belajar

assalamualaikum.

ahh, nervous nyah ! haha. actually aku baru ja start nak berblogging nih. kira budak baru lah.. tak reti apa apa pun pasal blog nih. tapi teringin nak berblogging. sebab geram tengok kakak aku punya blog superb sangat. haha ! harap dia tak kembang semangkuk la kenn. kihkih :P


buah cempedak di luar pagar,
ambil galah tolong jolokkan.
saya budak baru belajar,
kalau sala tolong tunjukkan.


hehe, kan dah keluar pantun segala. okaylah, tata :)
CREDIT TO my beloved sister. nih blog dia. klik sini pergilah serbu sekarang !