About Me

My photo
:: 15 years old. PMR candidates 9A's, insyaallah.. currently study at SMTSH, Klang. "life is like riding a bicycle. to keep your balance, you must keep moving.." do work and lets pray, Allah will definitely help ::

Friday, 1 June 2012

qwertyuiop !

assalamualaikum .

hye . hari ni aku duduk rumah je . cuti panjang yang membosankan . -.- 
ibu abah aku takde kat rumah . diaorg pergi hantar kakak aku masuk universiti . bosan . aku kat rumah dengan adik aku je . takde buat apa . cuma tengok tv ngn makan . huhu . 

ok lupakan pasal tu . aku ada benda nak cerita . aku pelik la dengan budak budak facebook . tak habis habis cakap pasal  HOT . batak betol . err.. macam boleh kenyang je ngn hot dia tu . kawan aku pun sama . kalau jumpa aku mesti dok cakap pasal facebook . naik muak aku dengar . pastu lawan lawan sapa yang paling banyak orang like status . paling ar . menyampah aku tengok diaorang tu . aku bukan apa . aku tak jeles pun dengan diaorang . nak hot ke apa ke tu diaorang punya pasal lah . tapi kalau ye pun tak payah la nak batak sangat . jumpa aku je mesti cakap pasal status facebook . sampai aku punya telinga ni da naik pekak dengar . patut patut la kalau ye pun . ape lah . 

kepada kawan aku , ko jangan  nakhot sangat lah . aku tak batak pun . :p hewhew . terima kasih .


waalaikumsalam .



Sunday, 22 April 2012

pemalas !

assalamualaikum..

rindu kat blog kesayangan aku .. huhu . da lame tak update blog. aku sekarang ni tengah sibuk nak siapkan projek sekolah . hemhem . (kajian sejarah tempatan) fuhh.. lengoh mata aku dok cari info info pasal kajian yang nak aku kene buat . sakit mata aku tengok skrin lappy ni lama lama . nasib tak buta . err`~ 

sapa boleh tolong aku buat kst nii ? aku perlukan pertolongan.. nak copy and paste kawan punye agak agak boleh tak ar? emm  . nasib badan la kan , kene hadap bende ni sorang sorang .. kesiann . sapa suruh aku buat lambat lambat . padan dengan muka aku .. :( 

aku harap aku boleh siap kan kst ni secepat mungkin . bulan depan dah nak kene hantar , . adoii . kay la . aku nak sambung buat kst . bubyee ... peace (Y)

assalamualaikum . 

mood : malas gilaaa nak siapkan kajian sejarah tempatan .. :p




Saturday, 24 March 2012

rindu dan sedih .

assalamualaikum.

aku rindu dengan kawan aku . rindu sangat sangat ! kalau lah dia masih ada , mesti tak sunyi macam sekarang . aku rindu  "RAJA NURUL HANINAH" .  aku dah kehilangan seorang rakan . rakan baik . sedih, tapi aku tahu , aku tak patut bersedih dengan kehilangan dia  . aku kena redha ." 

meskipun dah berbulan bulan , dah bertahun tahun arwah pergi , tapi aku rasa macam dia masih ada . terus terang, aku  rindu gelak tawa dia . rindu dengan usikan dia . rindu sangat masa tingkatan 1 . rindu sangat sangat ! rasa macam nak ulang balik masa tu .  Dulu, aku, hajar, amirah, marissa, kamalia, dan budak budak kktb selalu juga lah usik usik dia . best sangat kawan dengan dia . tapi sayang , aku dengan dia tak sampai dua tahun pun berkawan , dia dah pergi tinggalkan aku .walaupun masanya singkat ,  tapi dia dah bagi seribu satu makna buat hidup aku . banyak sangat kenangan yang tak boleh aku lupakan . . susah rasanya nak percaya dia dah tak ada . . 


05.06.2011, ahad , kira kira jam 11.30am . arwah telah menghembuskan nafasnya yang terakhir . kali terakhir aku berjumpa dengan dia dan bercakap dengan dia, masa tu sebelum cuti sekolah .  kat dewan sekolah . aku masih ingat lagi time tu . :( aku dapat tahu berita kematian dia dari kawan aku . mula mula aku tak percaya . tapi lepas aku pikir pikir balik and tanye kawan kawan aku yang lain , baru lah aku percaya . " alhamdulillah, akhirnya aku dapat terima kenyataan itu .  "terima kasih kawan , sebab ko sudi jadi kawan aku " :'(



p/s: bersabarlah dengan semua ujian yang datang .setiap yang hidup, pasti akan merasai mati .  




makan adalah hobi aku .

assalamualaikum ...

hye, boring la . takda buat apapa . nak pergi jalan jalan ,  malas la pulak nak gosok baju . . hahha " . kat rumah asyek tengok tv je  layan nada cinta . eww` boring tahap dewa da ni . adoii -.-' . 

lama gila tak pekena nasi goreng daging black paper ! rindu sangat sangat . ohhmeng.. selalu lau nak cari nasi goreng daging black paper susah nak cari nasi goreng yang sedap macam kat restoran kat sri iskandar , perak tu .. nta apa tah nama restoran tu .. " hahha . sedap sangat sangat . selain nasi goreng daging black paper kegemaran aku tu , macam macam ado .. tomyam seafood, tomyam coktok . eh , coktok ke ape ar? aku da lupe da namenye ape . kahkah . *taklawakpun*

aku kalau  bab bab makan ni memang suka .. suka gila ahh.  makan banyak banyak pun body cm tetap maintain je .. alhamdulillah .. jangan tergemuk sudah . :)  kalau kat johor , aku suka makan kat restoran my friend .. memang terbaik lah ! dari segi layanan sampai ke makanan semua tu, kata orang perfect lah  . kalau tak percaya, korang pergi ar makan kat sana . johor bahru . dekat larkin kott . nta la . aku lupe . dah lame tak makan kat sana . kalau nak makan kat situ pun time balik kampung je ..
 kalau kat selangor ni aku tak berapa tahu mana makanan yang sedap . agk agak nye semua makanan kat selangor semua sedap sedap kot . hee .. 

cerita pasal makanan ni buat aku terasa nak makan pulak . laparr .. cacing dalam perut dah bising da ni . krok krok . adoii .. okay la nak chow . bubye .. 

asssalamualaikum. " :) 


Friday, 23 March 2012

lalalalala..

assalamualaikum..

hye, harini kita cerita pasal result SPM .em..aku terasa bangga sebab kakak aku, dapat keputusan yang cemerlang . haha. tahniah kakak ! masa aku tengok keputusan spm dia, rasa macam nak menangis . tak tahu kenapa. padahal kakak aku yang punya keputusan . bukan nye aku punya .tapi aku pulak yang lebih lebih .macam ape je.


"pandai lah ko ni kak !" tu la ayat pertama yang keluar dari mulut aku . aku cemburu gila tengok dia dapat keputusan macam tu . hah. tu baru kakak aku . belum lagi kawan kawan aku .balik balik sekolah je terus mesej kawan aku . afif,joyah, dan ramai la lagi . kawan aku yang paling banyak dapat A, joyah . pandai ohh dia tu . dapat 7A lagi tu .. tapi aku tak tahu lah sama ada betul ke tak dia cakap kat aku tu .. 

lepas ni kakak aku masuk universiti . alaa... mesti boring gila  .tak de kawan nak borak borak lagi .huu.. dah tak gaduh gaduh, dah tak gelak sama sama pasal bubu . sedih rasanya . :( kalau boleh, nak je aku ikut dia . tapi tak boleh . kenapa lah cepat sangat masa berlalu ? lepas abang aku , kakak aku pulak yang keluar dari rumah . sebulan sekali pulak tu diaorang balik kampung .bosan.. lepas ni aku pulak yang kene jaga adik adik aku yang nakal nakal tu.. nampak nye aku  pulak lah ambik tugas kakak aku jemur kain lepas ni .. adoii..=.=" malas nye la rasanya.

best gila ar kakak aku . dia dapat baju baru, handphone baru ,laptop baru, kasut baru, ala semua la baru. menyampah aku tengok .aku pun nak jugak ! mana aci ohh .haha (aci kat india lah.) :p kahkah . tak lawak pun .. okay lah .aku nak tidur . bye`~ assalamualaikum .  chow. :))