About Me

My photo
:: 15 years old. PMR candidates 9A's, insyaallah.. currently study at SMTSH, Klang. "life is like riding a bicycle. to keep your balance, you must keep moving.." do work and lets pray, Allah will definitely help ::

Friday 23 March 2012

stoly moly

assalamualaikum semua :0

tadi aku lepak lepak dekat bilik kakak aku. saje bebual mual dengan dia. sempat jugaklah aku capai diary lama dia. alooo, suwitnya ayat dia dala tu. kay, aku tipu. nak terkeluar cecair asid dari mulut aku masa baca diary dia. *nasib baik dia tak perasan. pheww :'> sungguh romantis dan begitu dramatis sekali ayat dia. berbunga bunga kak nyahh oii. haha.. satu satu muka surat aku selak. tiba tiba terbaca satu cerita dalam tu. aww, best ahh.

ceritanya berbunyi begini :


  pada satu hari di sekolah, seorang murid bertanya pada gurunya. ketika itu guru tersebut sedang mengajar mengenai kasih sayang.

PELAJAR : "cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang? macam mana pula kasih sayang itu nak berkekalan?"

CIKGU : "okay, kamu ikut apa yang saya suruh. kamu pergi ke padang berjalan di atas rumput sambil memandang rumput di depan kamu. pilih yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali dan petik rumput yang paling cantik dan bawa ke sini.

  apabila pelajar tersebut pulang ke kelas, tiada sehelai rumput pun yang dibawa. cikgu tanya, kenapa tiada rumput yang dipilih?

PELAJAR : "tadi masa saya mencari rumput yang paling cantik, memang ada banyak yang cantik. tapi dah cikgu kata petik yang paling cantik, maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. tapi, sampai di penghujung padang, saya tak jumpa pun yang paling cantik. mungkin ada diantara yang di belakang saya tadi rumput yang paling cantik. tapi, dah cikgu cakap tak boleh toleh ke belakang semula.. jadi, tiadalah rumput yang dipilih.

CIKGU : "ya! itulah jawapannya, maknanya bila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita cari yang lebih baik dari itu. kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik baiknya. jangan kita menoleh ke belakang lagi. kerana, yang berlaku tetap dah berlaku.. semoga yang berlalu takkan berulang lagi. dan ingatlah orang yang paling kita sayang itulah yang paling cantik dan paling baik buat kita. mahupun nak di ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi.

THE END !

moral of the story : bersyukurlah ke atas apa yang telah ALLAH kurniakan buat kita :)